Friday, March 15, 2013

Aku baru tengok cerita ni selasa lepas dengan Max. Masa tu bosan-bosan aku cakap dekat Max "lepas amek custom album kita layan movie orait jugak". Dia pun balas, "Selamba". Kitorang pun tengok trailer macam ok je terus lincah je kami gerak.

Pelakon cerita ni James Franco. Kalau korang perasan, dia ni yang main watak Harry Osbourne dalam Trilogi Spider Man. Dia jugak yang berlakon watak mamat jatuh gaung dekat Grand Canyon pastu terpaksa potong tangan sendiri sebab nak hidup. Kalau tak perasan jugak lantak korang la.

Cerita ni sebenarnya pasal Oz atau nama sebenarnya Oscar, seorang ahli silap mata di karnival sarkas bergerak. Pastu dia accident masa naik belon udara panas pastu end up dekat negeri khayalan mana entah. Cerita ni dah macam Alice in Wonderland ada jugak.

Jenis korang kalau suka layan CGI memang sesuailah untuk orang. Jalan cerita taklah berapa best sangat. Cliche. Kau jatuh kat tempat mana entah, pastu ada penduduk sana claim kau raja mereka suruh bunuh orang jahat. Tak ke cliche.

Sebenarnya berapa kali entah aku terlelap masa layan cerita ni. Siap berdengkur lagi. Kah Kah Kah. Keseluruhan aku bagi 1setengah bintang daripada 5 bintang.


p/s: Setengah bintang tu pasal ada Mila Kunis dan klivej. Kah Kah Kah.

Muka gembira sekali tengok filem tak best. Phuii phuii

Nakharam mahal nak mampos empat belas ringgit


Thursday, March 14, 2013

Tajuk

Untuk makluman, aku dah tukar tajuk blog aku ni.

Sesuailah dengan keadaan aku sekarang. Heh..

p/s: cilake tulis sikit2 macam ni baik aku tuit je...

Wednesday, March 13, 2013

Selipar 2

Celaka betul. Post lepas pasal selipar tu buat aku gelisah. Sabtu lepas aku ada pinjam selipar masjid tapi aku tak sempat nak pulangkan.

Ceritanya malam ahad lepas aku ada event nikah dekat masjid (lokasi dirahsiakan), masa tu aku pakai kasut. Bila time nak balik malas pulak aku nak pakai kasut. So aku pinjamlah selipar masjid dengan niat esoknya aku nak pulangkan.

Aku bajet lepas setel aktiviti outdoor aku nak pulangkan, sekali route aku nak balik rumah tak lalu masjid tu. So aku ambil keputusan untuk terus pinjam.

Ironinya, Tok Kadi merangkap Imam Besar masjid berkenaan tumpang kereta aku masa nak makan kenduri lepas nikah. Dia tak sedar selipar yang dia pijak-pijak dalam kereta tu masjid dia punya.

Tuesday, March 12, 2013

Selipar

Kita bagi orang pakai selipar, nanti Tuhan bagi kita pakai kasut. Tapi kadang-kadang bila Dia nak uji kau, dia tak bagi kasut. Dia bagi selipar lapis dengan bara api.

Kalau kau berjaya tahan sakit, nanti Dia bagi la kau kasut tu. Tapi kadang-kadang yang merungut tak tahan pakai selipar bara api ni Dia bagi kasut juga nanti. 

Tapi yang membezakan dengan yang merungut atau tidak adalah kesyukuran. Patutnya bila Dia datangkan bala atau ujian, kau patut bersyukur sebab Dia sayang kau lebih dari makhluk lain.

Monday, March 11, 2013

Serius

Kadang-kadang dalam hal memasang kamera ke tripod aku kelihatan benar-benar serius..


Sunday, March 10, 2013

Babi Pemalas

Penulis blog ni adalah seorang babi pemalas. Dah la seorang, babi pula tu. Tambahan pemalas lagi. Sila ludah muka dia kalau jumpa.