Tuesday, August 25, 2009

Kain Putih berdarah...


Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.


Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.


Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.


Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.


Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.


Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut juga tidak megendahkannya.


Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...


Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...


Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..


Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini... ?"


Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai... ..

Saturday, August 22, 2009

Soalan Spot Sejarah SPM 2009


Soalan Objektif

1) Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 6

a) Najib Tun Razak
b) Abdullah Ahmad Badawi
c) Anwar Ibrahim
d) Rosmah Mansor


2) Pada tarikh apakah perdana Menteri Malaysia ke 6 Dilantik

a) 31 Ogos 2009
b) 3 April 2009
c) 16 September 2008
d) 14 Febuari 2007


3) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)
c) Cermin
d) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei


4) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan perbuhana kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Wong Ah Tong and Sons
d) Dewan Undangan Negeri Perak


5) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit
b) Mengambil kursus pendek pertanian
c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN
d) Mengajak mereka untuk melompat parti


6) Gerakan popular rakyat yang dipelopori oleh aktivis kaum India yang memberi kesan dalam keputusan pilihanraya ke 12 dikenali sebagai

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan dalam gerakan aktivis Hindu yang dekenali sebagai Hindraf?

a) Vellupillai Prabakharan
b) P Uthayakumar
c) P Ramlee
d) Sivaji The Boss


8) Bilakah perdana Menteri Malaysia ke 7 akan dilantik

a) 16 September 2009
b) 16 September 2012
c) 16 September 2020
d) Sebelum Kiamat


9) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di... .

a) Bawah Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan super kinta
d) Kedai Mamak


10) Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan untuk memulihkan Imuniti dan memperkenalkan undang-undang memperkasakan kembali institusi beraja namun ianya telah dihentikan kerana

a) Menteri Besar mereka Mohon Derhaka
b) mereka insaf
c) Kerana raja sebenar di Malaysia ialah Karpal Singh dan bukan Sultan
d) Sebab Karpal Singh meminta Anwar Insaf di dalam TV.


11) Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Malaysia yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


12) Khalifah Umar Abdul Aziz Malaysia menentang perlaksanaan undang-undang?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Jalanraya persekutuan
c) Tubuh Syarikat persendirian
d) Hudud dan Qisas


13) Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 diberi gelaran sebagai..

a) Bapa Permodenan
b) Bapa Demokrasi
c) Bapa Mertua Khairy Jamaluddin
d) Bapa kali dah dia mau tidur.


14) Kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada tarikh 16 September 2008 adalah kerana?

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) Tuanku tidak perkenan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat adalah dari Ikea
d) Beliau mengunggu Pak Lah mebalas surat beliau kerana pada akhir surat ada ditulis pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Soalan-Soalan Subjektif

Soalan 1

Terangkan mengapa pada awalnya Anwar Ibrahim pada mulanya hendak mengusulkan Undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kemudian mengubah fikiran untuk mengusulkan Undi Percaya kepada beliau selaku Perdana Menteri Malaysia?


Soalan 2

Apakah Perbezaan di antara gerakan untuk melompat parti pada 16 september, gerakan ahli DUN BN Perak Melompat parti ke PKR dan kejadian perubahan kuasa di Perak akibat beberapa ahli DUN lompat kelaur dari Parti PKR dan DAP?


Soalan 3

Kejadian apakah yang mengakbiatkan penyokong PAS beramai-ramai berbaring-baring di sekitar Jalan Raya di Ipoh dan apakah kesan atas tindakan berbaring-baring mereka itu?


Soalan 4

Mengapakah yang dipertuan agong berhak melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi Sultan Perak tidak berhak Melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?





Kalau Tuhan Adil, Kenapa Buat Neraka....?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Wednesday, August 12, 2009

Guru vs Pensyarah

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi. Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti. Mereka duduk bersebelahan . Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar. Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa. Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru Hai... apa kata kite bermain sesuatu permainan ... saya amat bosan.. Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri. Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak... Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5 Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat... Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5

p/s: tidak berniat nak mengutuk sesiapa...

Melayu merana di Bumi Melayu...


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.