Sunday, December 27, 2009

Ikuti Kata - Kata Bapa Anda

Di sebuah Rumah Setinggan tinggallah sebuah keluarga dengan seorang anak lelaki, si Apit.
Pada suatu malam si Papa nak menunaikan tanggungjawap kepada siMama.
"sayang, abang nak lagi, yang".
"Ya bang... tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum?" Mendapat lampu hijau, si Papa terus teriak.
"Pit... dah tidur kau pit?."
"belum Papa... tengah baca buku."
"Sudah... esok saja, dah malam, tidur!!!!"
Kira kira 10 minit lagi, si Papa teriak lagi.
"Pit... . dah tidur kau Pit?."
"Belum... ." Si Papa marah dan memukul si Apit.
"Disuruh tidur... .tidurlah!!!" sehingga kening si Apit benjol.
Esoknya di sekolah si Apit ditanya oleh gurunya, tentang
benjol dikeningnya. Berceritalah si Apit dari awal sampai dia dipukul papanya. Lalu gurunya pun mengajar Apit
"Malam nanti..kalau ditanya lagi,kamu diam saja... .ya."
"Ya... .cikgu". jawab si Apit.

Malam tu, dia terdengar Papanya bersembang dengan Mamanya.
"Sayang, abang nak lagi."
"Ya bang... ..tengok dulu si Apit, dah tidur ke belum"
"Pit... ..dah tidur kau Pit?.Si Apit teringat pesanan gurunya, maka dia diam saja, daripada kena benjol lagi, dia pura-pura tidur.
"Apit... .dah tidur kau Pit?" ulang Papanya. Apit tetap diam. Kerana tidak ada jawapan, maka Papanya terus mematikan lampu.. jadilah gelap gelita. Si Apit ketakutan setengah mati,tapi daripada benjol, dia menahan ketakutannya. Terjadilah 'pertarungan' antara Papa dan Mama yang tidak diketahui oleh si Apit.Tak lama kemudian dia dengar suara Papanya.

"Yang... abang nak keluar ni",
"Ya... .bang kita keluar sama-sama", dia dengar suara Mamanya menjawab.
Dengan segera si Apit bangkit dan berteriak "Apit nak ikutt..Apit nak ikuttt"
Esoknya... .APIT BENJOL LAGI... ...

Saturday, December 19, 2009

Elak Tangguh kerja


Kewibawaan sesebuah organisasi bergantung kepada prestasi setiap warga kerja di bawahnya. Andai setiap warga kerja itu cekap, amanah dan berdisiplin maka tidak timbul masalah ada kerja yang tidak sempat disiapkan atau timbunan kerja yang masih lagi memerlukan penelitian.

Persoalan yang sering menghantui sesebuah organisasi adalah kerja yang gagal disiapkan, padahal tempoh yang diberi lazimnya berpatutan.

Apabila diselidiki, ramai yang menyatakan masa tidak cukup untuk melaksanakan sesuatu tugas yang diberikan. Semua ini adalah alasan yang biasa didengar oleh pihak pengurusan apabila sesuatu tugas tidak dapat dilaksanakan oleh warga kerjanya.

Punca masalah ini yang semakin hari semakin berleluasa adalah amalan menangguh kerja yang sering diamalkan oleh pekerja.

Pada mereka mungkin terlalu banyak kerja yang hendak disiapkan hingga tidak dapat mengenalpasti kepentingan sesuatu kerja tersebut kerana setiap tugasan yang diberi mempunyai tarikh tamat yang tersendiri.

Bagi mereka kerja yang lambat lagi perlu dihantar akan dibuat kemudian atau kadangkala lupa terus untuk dibuat.

Mereka akan memfokus menyiapkan kerja yang tarikh tamat hampir tiba terlebih dahulu. Sikap inilah yang menjadi punca utama kepada kegagalan sesebuah organisasi melaksanakan amanah dengan cemerlang.

Bertangguh bermakna kita dengan sengaja melambat atau tidak menyiapkan sesuatu kerja, aktiviti atau tugasan yang diamanahkan atas pelbagai alasan.

Sikap suka bertangguh ini ibarat virus atau barah yang senang membejati setiap pekerja dalam sesebuah organisasi. Cuba kita renungkan, berapa ramaikah pekerja yang akan membuat To Do List setiap hari apabila datang ke pejabat.

Pada kebiasaannya memang tidak ramai kerana pekerja yang mementingkan senarai itu adalah pekerja yang berdisiplin sahaja.

Umpamanya seorang setiausaha yang cekap, yang bertanggungjawab menjaga perihal ketua masing-masing dan perlu membuat kerja secara sistematik serta efisien.

Setiap setiausaha itu wajar membuat senarai kerja setiap hari kerana kelancaran urusan kerja bagi ketua mereka bergantung kepada kecekapan mereka.

Oleh itu, setiausaha yang tidak membuat kerja secara tersusun dan teratur akan dapat dilihat berdasarkan kepincangan di dalam urusan seharian.

Contohnya, pertindihan temujanji dengan klien atau ketua mereka tidak dapat menghadiri mesyuarat kerana tidak dimaklumkan sebelum tiba harinya.

Ini adalah masalah yang selalu terjadi akibat sikap setiausaha yang menganggap setiap tugasan yang diterima itu sama sahaja.

Selain itu, sikap bertangguh ini bukan sahaja disebabkan alasan yang tidak munasabah bahkan juga dijadikan amalan oleh pekerja masa kini.

Kadang-kadang sikap bertangguh itu terjadi kerana kita mengambil masa yang terlalu lama menguruskan hal peribadi sendiri tanpa memikirkan ada kerja yang menunggu dan perlu disiapkan.

Hal-hal yang tidak berkaitan dengan kerja selalu dijadikan keutamaan hingga menjejaskan kerja hakiki di pejabat. Setiap hari kerja kita akan diganggu oleh pelbagai kerenah manusia yang akan melambatkan kita menyelesaikan kerja yang telah dirancang seperti membalas khidmat pesanan ringkas (SMS) peribadi. Menjawab telefon terlalu lama, kerap ke tandas, lebih suka berborak dari melakukan kerja yang diamanahkan, mengambil masa yang lama ketika rehat makan tengahari dan sebagainya.

Pelbagai alasan akan dicari atau direka sekiranya kerja yang perlu disiapkan itu tergendala.
Kenapa wujudnya sikap bertangguh?

Di antara faktor yang menyebabkan wujudnya sikap bertangguh ini adalah seperti berikut:

1. Pengurusan - Sistem pengurusan yang lemah termasuk dari segi pengurusan diri, masa, sumber dan tenaga.

2. Kesempurnaan - Pekerja mempunyai sikap kesempurnaan yang tinggi di dalam melaksanakan sesuatu kerja yang diberi.

Sikap ini sememangnya elok diamalkan tetapi sekiranya ia terlalu mementingkan kesempurnaan ia akan dikategorikan sebagai cerewet.

Oleh itu, sekiranya pekerja mengamalkan sikap yang demikian, maka sebenarnya tiada kerja yang dapat dilaksanakan.

3. Sikap sambil lewa - Pekerja mempunyai sikap yang tidak mengambil berat mengenai sesuatu tugasan yang diberi.

Mereka tidak menumpukan sepenuh perhatian dan gagal memberikan maklumat serta data yang diperlukan dalam menyiapkan tugasan.

Apabila kita bersikap sambil lewa atau ambil mudah maka tiada komitmen serta disiplin yang lemah terhadap diri kita dan tugas-tugas yang diserahkan segalanya pasti akan tertangguh.

4. Masalah fizikal - Pekerja yang mempunyai masalah kesihatan yang tidak mengizinkan mereka bergerak terlalu banyak dan pantas akan menyebabkan banyak kerja tertangguh.

Ini akan menyebabkan penurunan produktiviti kerja.
Strategi

Antara lain terdapat beberapa strategi yang telah dikenal pasti untuk mengatasi masalah ini seperti berikut:

1. Menetapkan matlamat bagi tempoh pencapaian kerja anda.

Pekerja hendaklah menetapkan tempoh untuk mencapai sesuatu matlamat kerja. Kaji tahap atau kedudukan pekerja sekarang berbanding dengan apa yang pekerja inginkan.

Kira dan tentukan berapa banyak masa yang diperlukan untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

2. Merancang tugasan harian ketika di pejabat. Pekerja haruslah merancang tugasan harian di pejabat dengan membuat senarai tugas atau To Do List.

Pekara ini perlu dilakukan setiap hari sebelum balik dan sewaktu tiba di pejabat ketika awal pagi bagi memastikan penyusunan kerja yang penting diutamakan dan didahulukan.

Dengan membuat senarai tugasan mengikut prioriti yang perlu diuruskan, pekerja akan dapat mengenal pasti sekiranya ada tugasan yang tertunggak dan tidak dapat diselesaikan semalam akan diuruskan pada keesokan hari.
Perancangan

Pekerja juga boleh mengklasifikasikan kerja yang mana patut diutamakan dahulu dan kerja yang akan dibuat kemudian. Perancangan ini juga akan memberi gambaran kepada pekerja berapa banyak bebanan tugas yang harus diselesaikan dalam tempoh masa yang telah ditetapkan.

3. Mencari kaedah bagi mengingatkan pekerja. Untuk melakukan tugasan seperti mencatat dalam diari atau digital organizer, memakai palmtop, memasukkan maklumat kerja di dalam telefon atau menulisnya di kalendar meja dengan memasukkan maklumat bila tugasan tersebut perlu disiapkan.

4. Mengenal pasti tugasan mana yang lebih penting untuk mencapai matlamat sesuatu program atau aktiviti. Ia boleh dilakukan dengan menulis kelebihan dan kekurangan kenapa pekerja harus atau tidak melakukan kerja yang disenaraikan terlebih dahulu.

Proses ini mampu membantu untuk menyenarai pendek kerja-kerja yang tidak harus ada dalam senarai utama. Pekerja mesti membuat kerja yang harus dibuat dahulu bukan kerja apa yang hendak dibuat.

5. Menetapkan masa untuk menyiapkan tugasan setiap hari. Pekerja mesti mengenal pasti berapa lama masa yang akan diambil untuk menyiapkan tugasan pada hari itu dan berapa lama masa rehat yang mereka akan ambil.

Sebagai contoh, seorang pekerja akan membuat tugasan selama 40 minit dan kemudian mengambil masa 10 minit untuk berehat. Pekerja harus memastikan yang mereka mengikut masa yang ditetapkan untuk mencapai matlamat kerja.

Ia mungkin akan menyusahkan pekerja di awal pelaksanaan tetapi dalam jangka masa panjang mereka akan dapat menyesuaikan diri bilamana ia berjaya ditabiatkan.

6. Memastikan semua benda tersusun. Setiap pekerja haruslah memastikan semua benda di atas meja dan kawasan kerja mereka tersusun supaya memudahkan mereka untuk mencari dokumen dan ia akan menjimatkan masa.

7. Pengagihan kerja. Setiap pekerja haruslah memastikan bahawa sekiranya terdapat kerja yang terlalu banyak dan harus disiapkan dalam masa terdekat ia perlu diagihkan mengikut tugasan yang bersesuaian dengan tenaga dan masa yang diperuntukkan.

Sekiranya terlalu banyak kerja yang diminta kita buat, agih-agihkan tugas kepada bahagian yang lebih kecil.

Jika menghadapi kesukaran, dapatkan seseorang yang boleh membantu serta mahir dalam bidang tersebut.

8. Pekerja wajar memastikan diri mereka sentiasa siap siaga. Berada di dalam keadaan yang fokus untuk membuat tugasan setiap hari.

9. Menghadapi segala gangguan dengan berkesan. Pekerja hendaklah menetapkan masa bila mereka ingin melakukan sesuatu tugasan penting tanpa diganggu oleh keadaan sekeliling.

Sebagai contoh, pekerja boleh mencari tempat yang minimum gangguan untuk membuat tugasan yang memerlukan penumpuan yang khusus.

10. Menukar cara pemikiran kita (Anjakan Paradigma Minda). Setiap pekerja haruslah menukar cara pemikiran mereka dengan menyerapkan sifat-sifat positif dalam menjalankan amanah yang dipikul dengan penuh tanggungjawab bagi memajukan diri dan organisasi ke mercu kejayaan.

11. Memberi ganjaran terhadap diri. Pekerja boleh menetapkan ganjaran yang bersesuaian untuk diri sendiri apabila dapat menyelesaikan tugasan dalam masa yang ditetapkan.

Justeru, tabiat menangguhkan kerja adalah amalan yang tidak sihat dan ia ditegah oleh Islam itu sendiri.

Berbanggalah dengan tugasan yang kita laksanakan seharian walau sekecil manapun kerja yang kita lakukan.

Insya-Allah, jika disertai nawaitu atau niat yang ikhlas dan menjalankan tugas adalah sebagai fardu kifayah, kita akan diganjari pahala di dunia dan akhirat.

Hidup kita akan bertambah barakah dan seterusnya organisasi serta agama kita akan maju atau berjaya menggapai mercu keterbilangan sewajarnya.

Ayuhlah kita realisasikan: '1 Syiar, 1 Qiblat dan 1 Agama'.

p/s: selalu gak mengulor.. haha...

Thursday, December 10, 2009

Burung


Di sebuah Negara barat, seorang pemuda sedang duduk bersantai meminum arak sambil memegang ‘anu’nya… Kemudian, dia didatangi seorang budak lalu bertanya kepadanya… “Eh..! Bang,apa yang abang pegang tu…?” Pemuda itupun menjawab “ Ooo… Ini ‘burung’….” Budak itupun berlalu pergi.

Beberapa minit kemudian pemuda itupun tertidur tanpa menyedarkan diri kerana terlebih minum arak. Setelah terbangun dari tidurnya, pemuda itu hairan sambil bertanya. “Dimana aku ni..?” Kemudian doktor yang merawatnya berkata. “Sabar, Encik sekarang berada di hospital, sebab encik telah dianyai, kemaluan encik telah dibakar.” Pemuda itu terkejut beruk….”Apa!!!!!???

Seorang pegawai polis bertanya, ”Sebelum encik pengsan, siapakah orang terakhir encik jumpa?” Pemuda itu menjawab, “Hanya seorang budak yang berumur kurang lebih 7 tahun.”

Beberapa jam kemudian, budak berkenaan ditangkap dan disoal siasat. “Kenapa kamu menganyai pemuda ini?” Lalu budak itu berkata, “Saya x ada maksud untuk menganyai dia…” “Masud kamu…?” kata polis itu… Lalu budak itu berkata, “Tuan, begini ceritanya… Ketika dia sedang tidur, saya mengusap-ngusap ‘burung’nya…Lama kemudian, burung dia meludah ketangan saya… Saya pun marahlah. Saya patahkan leher ‘burung’nya,’telor’nya saya pijak sampai pecah….

Kemudian sarangnya saya bakar.. Tetapi saya hairan kenapa ‘burung’nya x nak terbang....

p/s: jangan main² dengan anak kecil..

Tuesday, December 8, 2009

Jika Pasangan Curang


JIKA berlaku sebarang masalah dalam perhubungan seperti kehadiran orang ketiga, kesalahan sering diletakkan di atas bahu pasangan kerana sanggup menduakan anda. Sedangkan, anda sudah memberikan yang terbaik dalam perhubungan.

Ungkapan seperti 'apa salah saya', 'tidak cukupkah selama ini' dan 'apa yang kau mahu lagi,' sering dilontarkan ketika berlaku perbalahan dalam perhubungan suami isteri atau pasangan kekasih.

Namun, sedarkah anda bahawa sebahagian punca berlakunya kecurangan itu datang daripada diri anda sendiri. Kebiasaannya, pasangan pula tidak mampu untuk berterus-terang.

Hakikatnya, apabila timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. Sebaliknya, cuba atasi perasaan dan selesaikannya dengan cara terbaik. Tindakan mencaci dan memaki pasangan akan menambahkan lagi kekusutan perhubungan.

Ini adalah beberapa tip untuk berhadapan dengan masalah pasangan yang curang.

1-Terima dengan tenang: Apabila mengetahui si dia curang, anda pasti akan berasa sedih dan mungkin melakukan perbuatan di luar kawalan. Sebaiknya, cuba selidik sama ada ia benar-benar berlaku atau hanya anda yang terlebih cemburu.

2-Cuba berbincang: Jika ia benar, cuba ajak pasangan berbincang dan tanya kenapa dia bertindak sedemikian. Jangan pula menjadi terlalu emosi sehingga memaki pasangan. Tarik nafas dalam-dalam apabila anda berasa terlalu marah.
3-Bermuhasabah diri: Anda perlu ingat musibah yang berlaku diturunkan oleh Tuhan. Ia adalah sebagai dugaan kita di muka bumi. Mungkin ia sebagai balasan terhadap sesuatu yang pernah anda lakukan dahulu atau sebagai satu cara Tuhan menguji kita.

4-Dekatkan diri kepada Tuhan: Tidak kira apa jua kepercayaan anda, dekatkan diri dengan Tuhan. Ia mampu memberikan ketenangan yang sejati. Berdoalah supaya musibah yang melanda berakhir seperti yang anda ingini.
5-Cari teman untuk berkongsi masalah: Masalah perlu dikongsi dan jangan dipendam kerana ia hanya memburukkan keadaan. Anda juga akan menjadi lebih muram serta tidak mampu melakukan tugasan harian jika terus menyembunyikan masalah yang sedang dihadapi.

6-Kenali kekurangan diri: Percaya atau tidak, anda merupakan sebahagian daripada punca kecurangan. Mungkin anda seorang yang perengus, kuat membebel, tidak hormat kepada pasangan, tidak suka memasak, pemalas atau pengotor. Kenang kembali saat pertama anda bertemu pasangan dan mengapa dia tertarik kepada anda. Mungkin tarikan itu telah hilang. Cuba lihat pada diri sendiri dan cari apa yang disukai oleh pasangan.

7-Cuba perbaiki diri: Ubah segala kekurangan diri. Jangan terlalu memaksa dan cuba buktikan bahawa anda layak untuk disayangi. Tidak salah anda berubah demi kebahagiaan keluarga.

APABILA timbul masalah seperti pasangan curang, anda tidak perlu memberontak. - Gambar hiasan
8-Tumpukan perhatian terhadap keluarga: Mungkin anda mengabaikan keluarga dan pasangan. Sebab itulah, mereka mencari kebahagiaan di luar. Luangkan masa hujung minggu dengan sebaiknya seperti melakukan aktiviti riadah atau makan malam bersama. Libatkan seluruh keluarga dalam proses tersebut.

9-Lakukan aktiviti: Apabila terlalu runsing, ramai yang memilih untuk menyendiri. Sebaiknya, sibukkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang boleh membuatkan anda terlupa seketika masalah yang dihadapi. Bagus juga jika anda dapat meluangkan sedikit masa di pusat kecantikan atau spa untuk menghilangkan tekanan.
10-Dapatkan nasihat pakar: Jika masalah berpanjangan dan penceraian mungkin berlaku, dapatkan nasihat pakar dan ajak pasangan menghadiri sesi kaunseling. Demi kebaikan keluarga, berdamai adalah jalan terbaik untuk dilakukan.

Friday, December 4, 2009

Bagaimana Hubungan Kita Dengan Al-Quran?


Tujuan saya bukak thread neh bkn utk bermegah2 @ gebang2 kosong tp jadikan thread saya neh sbg 1 renungan/iktibar pd dri sendiri..

antara byk2 topik yg sedang ke udara skrg, saya xpenah jumpe lg thread yg berkaitan dgn tajuk neh..sumenye ttg cinta manusia, isu semasa dan laen2..bende yg dekat dgn dri kite kite xpenah sedar pon kn?dan xpernah terlintas utk direnungkan.
Bagaimana keadaan al-quran skrg kt umah korang? pernah x korang sentuh & bace die?

kalo belom penah, bile korang nk start ngaji?
disini sayaingin kongsi 1 story dgn korang sume..

mengikut pengalaman sendri,
if kite xpenah & jarang sekali bace quran..
nafas kite akn sempot2 bile kite nk tarik harakat yg pnjang...
padahal senang je.
(kalo xcaye try la buat skrg)
mengapa lagu faizal tahir kite leh tarik tinggi pitching nye?
tp quran??
sendri fikir..

jgn bace skadar melepas batok ditangga je... ..
bace lame2 skit & try tarik harakat yg panjangnye 6 harakat..
lps pd 2 perhatikan ape yg berlaku pd pernafasan kite wktu tu..
kalo de sempot2 2 jawabnye... ... ... ... ... ... .
hubungan korang dgn quran tersangat2 la jao.
so neh da kes kene 'erat2 kan hubungan korang dgn kitab suci neh'..

ade setengah org pakar agama ckp,
kalo kite bce sempot2 tu maknanye hati kite penuh dgn titik2 hitam(dosa)...
bile kite selalu bace, titik2 hitam tu akan sedikit demi sedikit hilang... ..
kalo korang was2 dgn artikel neh, korang g tnye yg pakar agama..
tgk ape die kata, dan lps 2 korang pnc laila...
saya pn nk tao jgk..(serius neh)
bende yg baek elok kite share bersame2..

1 lg perubahan yg korang akn nmpk adlh bile korang selalu ngaji quran...
amalkan dlm mase 7hari tnpe henti...
lame2 nt korang akn jd sorg yg suke mengaji..
(xcaye?try buat skrg & tgk sndri perubahannye)


~ Al-Quran akn menjadi sahabat kita di alam barzakh nanti ~

Monday, September 7, 2009

Diet Cara RASULULLAH S. A.W

Rupa2nya tanpa kita sedari, dalam makanan yg kita makan sehari2, kita tak boleh main balun aje? sebab itulah terjadinya penyakit kencing manis, lumpuh, sakit jantung, keracunan makanan dan lain2 penyakit apabila kita telah tua nanti. Apabila kawan2 telah mengetahui ilmu ini, tolonglah ajarkan kepada yg lain2nya. Ini pun adalah diet Rasullulah SAW kita juga.
Ustaz Abdullah Mahmood kata, Rasullulah tak pernah sakit perut sepanjang hayatnya kerana pandai jaga pemakanannya sehari2. apa kata kita ikut diet ini kawan2. tak payahlah susah2 makan pil untuk kurus? Insyaallah kalau kawan2 ikut diet Rasullullah ini?. Garenti kawan2 takkan sakit perut ataupun keracunan makanan.
Jangan makan SUSU + DAGING
Jangan makan DAGING + IKAN
Jangan makan IKAN + SUSU
Jangan makan AYAM + SUSU
Jangan makan IKAN + TELUR
Jangan makan IKAN + DAUN SALAD
Jangan makan SUSU + CUKA
Jangan makan BUAH + SUSU CTH :- KOKTEL
JANGAN MAKAN BUAH SELEPAS MAKAN NASI , SEBALIKNYA MAKAN BUAH TERLEBIH DAHULU, BARU MAKAN NASI.
TIDUR 1 JAM SELEPAS MAKAN TENGAHARI.
JANGAN SESEKALI TINGGAL MAKAN MALAM . SESIAPA YG TINGGAL MAKAN MALAM DIA AKAN DIMAKAN USIA DAN KOLESTEROL DALAM BADAN AKAN BERGANDA.
Nampak memanglah pelik.. tapi, kalau tak percaya... kawan2 cubalaa (aku baru nak try). Ianya takdelah dalam jangka masa terdekat nie... .
Ianya berkesan bila kita sudah tua nanti. Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita. p/s : Sampaikan walau sepatah...
Al-Quran Juga ada mengajar kita menjaga kesihatan spt membuat amalan spt:- Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk. Rasulullah mengamalkanminum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit). Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitusujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.
Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklahmenjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpa bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)
Wassalam...
Sama2lah kita mengamalkannya... ... .
WallahuA'lam Sabda nabi Ilmu itu milik tuhan, barang siapa menyebarkan ilmu demi kebaikkan insyaallah Allah akan menggandakan 10 kali kepadanya.
p/s: nak cuba sekalilah... haha..

Tuesday, August 25, 2009

Kain Putih berdarah...


Kawan aku ni seorang salesman kereta, bercinta dgn seorang anak jutawan di Area Bukit Antarabangsa. Malangnya, percintaan ini ditolak kerana kawan aku ini seorang salesman kereta.


Satu malam, mereka bercadang utk melarikan diri. Selepas berjaya melarikan diri, bapak perempuan ini sedar akan kehilangan anak perempuan kesayangan dan telah membuat laporan polis dan juga telah membuat iklan di akhbar tempatan dgn mengatakan dia akan menerima teman lelakinya itu jika dia balik ke rumah.


Bila mendengar berita ini, perempuan itu balik ke rumahnya di bukit antarabangsa dan keluarga pihak permpuan itu pun menerima lelaki ini dengan seadanya.


Enam bulan kemudian, mereka bercadang utk berkahwin dan persiapan utk majis perkahwinan itu sedang disediakan. Nak dijadikkan cerita, Semasa Lelaki ini pergi membeli Kentaki kat Ampang Point, dia kena langgar kereta di hadapan perempuan tersebut dan keesokan harinya lelaki itu pun dikebumikan. Kejadian ini amatlah meyedihkan perempuan tersebut kerana tinggal beberapa hari sahaja lagi perempuan itu hendak berkahwin dgn lelaki kesayangannya.


Pada satu malam, ibu perempuan ini mendapat mimpi, Seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. Tapi, ibu perempuan tersebut tidak mengendahkannya.


Malam berikutnya, Ayah perempuan tersebut pula menerima mimpi yang sama iaitu seorang nenek tua meminta utk membersihkan percikan darah di baju pengantin perempuan itu, kalau tidak, sesuatu yang akan buruk akan berlaku. akan tetapi, ayah perempuan tersebut juga tidak megendahkannya.


Malam ke tiga, -perempuan itu pula menerima mimpi yang sama seperti ayah dan ibunya dan diceritakan mimpi tersebut kepada kedua ibu dan ayahnya. Dalam ketakutan yang amat sangat, dia pun pergi membasuh baju itu dan macam mana kuat dia basuh pun, darah tetap ada...


Malam keempat, dia mendapat mimpi yang serupa.. Seorang nenek tua menyuruh dia membasuh darah itu bersih2 dan jika tidak, malang akan menantinya..Bila bangun, perempuan itu pun terus menyental baju tersebut sehingga kain tersebut menjadi haus, akan tetapi, darah itu tetap adaa...


Keesokan harinya, perempuan itu terkejut apa bila pintu belakang rumahnya di ketuk bertalu2 dan munculah nenek tua tersebut dan perempuan itu pun pengsan..


Setelah terbangun dari pengsan, lalu nenek tua itu pun menghulurkan benda yang berwarna biru... Perempuan itu bertanya kepada nenek tua itu "apa ini... ?"


Ni lah Sabun Basuh Dynamo, letak kan sedikit dan kotoran akan hilang... err..yg ni adalah pakej percubaan aja, kalau nak yang besar, beli kat kedai... ..

Saturday, August 22, 2009

Soalan Spot Sejarah SPM 2009


Soalan Objektif

1) Siapa Perdana Menteri Malaysia ke 6

a) Najib Tun Razak
b) Abdullah Ahmad Badawi
c) Anwar Ibrahim
d) Rosmah Mansor


2) Pada tarikh apakah perdana Menteri Malaysia ke 6 Dilantik

a) 31 Ogos 2009
b) 3 April 2009
c) 16 September 2008
d) 14 Febuari 2007


3) Pada 16 September 2008 Datuk Seri Anwar Ibrahim mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri Malaysia ke 6 di hadapan...

a) Potret Yang Dipertuan Agong
b) Tuanku Karpal Singh (Singh is King)
c) Cermin
d) Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Brunei


4) Pada tahun 2008 Parlimen Malaysia menyaksikan perbuhana kuasa setelah ketua pembangkang mendapat bilangan kerusi yang mencukupi dari

a) Ahli Parlimen Barisan Nasional
b) Ikea
c) Kedai Perabot Wong Ah Tong and Sons
d) Dewan Undangan Negeri Perak


5) Pada 12 September 2008 Ahli Parlimen YB Tian Chua telah ke Taiwan bersama rombongan beberapa ahli politik dari Pakatan Rakyat untuk?

a) Belajar mengenai penanaman Dragon Fruit
b) Mengambil kursus pendek pertanian
c) Berkaraoke bersama ahli parlimen BN
d) Mengajak mereka untuk melompat parti


6) Gerakan popular rakyat yang dipelopori oleh aktivis kaum India yang memberi kesan dalam keputusan pilihanraya ke 12 dikenali sebagai

a) Makkal Sakhti
b) Makkal Ossai
c) Muthel (Telur) Tosai
d) Rawa Tosai


7) Siapakah di antara berikut merupakan pemimpin kanan dalam gerakan aktivis Hindu yang dekenali sebagai Hindraf?

a) Vellupillai Prabakharan
b) P Uthayakumar
c) P Ramlee
d) Sivaji The Boss


8) Bilakah perdana Menteri Malaysia ke 7 akan dilantik

a) 16 September 2009
b) 16 September 2012
c) 16 September 2020
d) Sebelum Kiamat


9) Dewan Undangan Negeri Perak mencatat sejarah pada tahun 2009 apabila mengadakan persidangan di... .

a) Bawah Pokok
b) Tepi Longkang
c) Gerai Cendol bawah pokok dekat roundabout depan super kinta
d) Kedai Mamak


10) Pakatan Rakyat telah memulakan gerakan untuk memulihkan Imuniti dan memperkenalkan undang-undang memperkasakan kembali institusi beraja namun ianya telah dihentikan kerana

a) Menteri Besar mereka Mohon Derhaka
b) mereka insaf
c) Kerana raja sebenar di Malaysia ialah Karpal Singh dan bukan Sultan
d) Sebab Karpal Singh meminta Anwar Insaf di dalam TV.


11) Siapakah yang dimaksudkan sebagai pemimpin Malaysia yang digelar sebagai Khalifah Umar Abdul Aziz oleh Naib Presiden PAS Husam Musa?

a) Nik Aziz
b) Abdul Hadi Awang
c) Khairy Jamaluddin
d) Lim Guan Eng


12) Khalifah Umar Abdul Aziz Malaysia menentang perlaksanaan undang-undang?

a) Pemakaian tali keledar belakang
b) Jalanraya persekutuan
c) Tubuh Syarikat persendirian
d) Hudud dan Qisas


13) Perdana Menteri Malaysia yang ke 5 diberi gelaran sebagai..

a) Bapa Permodenan
b) Bapa Demokrasi
c) Bapa Mertua Khairy Jamaluddin
d) Bapa kali dah dia mau tidur.


14) Kegagalan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri ke 6 Malaysia pada tarikh 16 September 2008 adalah kerana?

a) Parlimen tidak bersidang pada tarikh berkenaan
b) Tuanku tidak perkenan perlantikan beliau
c) Kerusi yang beliau dapat adalah dari Ikea
d) Beliau mengunggu Pak Lah mebalas surat beliau kerana pada akhir surat ada ditulis pecah kaca pecah gelas, sudah baca harap balas.

Soalan-Soalan Subjektif

Soalan 1

Terangkan mengapa pada awalnya Anwar Ibrahim pada mulanya hendak mengusulkan Undi tidak percaya terhadap Abdullah Ahmad Badawi sebagai Perdana Menteri Malaysia kemudian mengubah fikiran untuk mengusulkan Undi Percaya kepada beliau selaku Perdana Menteri Malaysia?


Soalan 2

Apakah Perbezaan di antara gerakan untuk melompat parti pada 16 september, gerakan ahli DUN BN Perak Melompat parti ke PKR dan kejadian perubahan kuasa di Perak akibat beberapa ahli DUN lompat kelaur dari Parti PKR dan DAP?


Soalan 3

Kejadian apakah yang mengakbiatkan penyokong PAS beramai-ramai berbaring-baring di sekitar Jalan Raya di Ipoh dan apakah kesan atas tindakan berbaring-baring mereka itu?


Soalan 4

Mengapakah yang dipertuan agong berhak melantik Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri Malaysia tetapi Sultan Perak tidak berhak Melantik Zambry Kadir sebagai Menteri Besar Perak?





Kalau Tuhan Adil, Kenapa Buat Neraka....?


Ini kisah benar..kisah seorang gadis Melayu, beragama Islam, tapi cetek pengetahuan tentang agama. Ceritanya begini, di sebuah negeri yang melaksanakan dasar 'Membangun Bersama Islam', kerap kali pihak berkuasa tempatan menjalankan pemeriksaan mengejut di premis-premis perniagaan dan kompleks beli-belah, untuk memastikan para pekerja di premis berkenaan menutup aurat.

Aku tak pasti berapa jumlah denda yang dikenakan sekiranya didapati melakukan kesalahan, tapi selalunya mereka akan diberi amaran bagi kesalahan pertama, dan didenda jika didapati masih enggan mematuhi garis panduan yang ditetapkan. Lazimnya dalam setiap operasi sebegini, seorang ustaz ditugaskan bersama dengan para pegawai pihak berkuasa tempatan. Tugasnya adalah untuk menyampaikan nasihat secara berhemah, kerana hukuman dan denda semata-mata tidak mampu memberi kesan yang mendalam.

Dalam satu insiden, ketika operasi yang dijalankan sekitar 2005, seorang gadis yang bekerja di salah satu lot premis perniagaan di Pasaraya Billion telah didapati melakukan kesalahan tidak menutup aurat. Maka dia pun kena denda la... setelah surat saman dihulurkan oleh pegawai PBT, ustaz ni pun bagi la nasihat, "..lepas ni diharap saudari insaf dan dapat mematuhi peraturan..peraturan ni bukan semata-mata peraturan majlis perbandaran, tapi menutup aurat ni termasuk perintah Allah. Ringkasnya, kalau taat segala perintahNya, pasti Dia akan membalas dengan nikmat di syurga..kalau derhaka tak nak patuhi perintahNya, takut nanti tak sempat bertaubat, bakal mendapat azab di neraka Allah. Tuhan Maha Penyayang, Dia sendiri tak mahu kita campakkan diri ke dalam neraka... "

Gadis tersebut yang dari awal mendiamkan diri, tiba-tiba membentak "Kalau Tuhan tu betul-betul baik, kenapa buat neraka? Kenapa tak boleh sediakan syurga je? Macam tu ke Tuhan Maha Penyayang?" Mungkin dari tadi dia dah panas telinga, tak tahan dengar nasihat ustaz tu..dah la hati panas kena denda sebab dia tak pakai tudung..

Ustaz tu terkedu sekejap. Bahaya budak ni. Kalau dibiarkan boleh rosak akidah dia. Setelah habis gadis tu membebel, ustaz tu pun jawab: "Dik, kalau Tuhan tak buat neraka, saya tak jadi ustaz. Berapa sen sangat gaji saya sekarang. Baik saya jadi tokey judi, atau bapa ayam.. hidup senang, lepas mati pun tak risau sebab gerenti masuk syurga. Mungkin awak ni pun saya boleh culik dan jual jadi pelacur. Kalau awak nak lari, saya bunuh je. Takpe, sebab neraka tak ada. Nanti kita berdua jumpa lagi kat syurga..Kan Tuhan tu baik?"

Gadis tu terkejut. Tergamak seorang ustaz cakap macam tu? Sedang dia terpinga-pinga dengan muka confused, ustaz tu pun jelaskan: "perkara macam tadi akan berlaku kalau Tuhan hanya sediakan syurga. Orang baik, orang jahat, semua masuk syurga..maka apa guna jadi orang baik? Jadi orang jahat lebih seronok. Manusia tak perlu lagi diuji sebab semua orang akan 'lulus' percuma. Pembunuh akan jumpa orang yang dibunuh dalam syurga..perogol akan bertemu lagi dengan mangsa rogol di syurga..lepas tu boleh rogol lagi kalau dia nak..takde siapa yang terima hukuman. Sebab Tuhan itu 'baik'.

Adakah Tuhan macam ni yang kita nak? Awak rasa, adil ke?"; tanya ustaz.

"Ah..mana adil macam tu. Orang jahat takkan la terlepas camtu je.." rungut si gadis.

Ustaz tersenyum dan menyoal lagi: "Bila tuhan tak adil, boleh ke dianggap baik?"

Gadis tu terdiam.

Ustaz mengakhiri kata-katanya: "Adik, saya bagi nasihat ni kerana kasih sesama umat Islam. Allah itu Maha Penyayang, tapi Dia juga Maha Adil. Sebab tu neraka perlu wujud. Untuk menghukum hamba-hambaNya yang derhaka, yang menzalimi diri sendiri dan juga orang lain. Saya rasa awak dah faham sekarang. Kita sedang diuji kat atas dunia ni. Jasad kita bahkan segala-galanya milik Allah, maka bukan HAK kita untuk berpakaian sesuka hati kita. Ingatlah; semuanya dipinjamkan olehNya, sebagai amanah dan ujian..semoga kita dapat bersabar dalam mentaati segala perintahNya, untuk kebaikan diri kita jugak. Assalamu'alaikum. "

Wednesday, August 12, 2009

Guru vs Pensyarah

Ada dua orang lelaki dalam perjalanan menaiki keretapi. Salah seorang adalah seorang guru di sekolah menengah dan seorang lagi pensyarah di sebuah universiti. Mereka duduk bersebelahan . Si guru menghabiskan masa nya didalam keretapi hanya dengan termenung ke arah tingkap keretapi dan menikmati permandangan diluar. Manakala si pensyarah resah seketika kerana tidak dapat membuat apa dan memikir kan apa-apa. Akhirnya si pensyarah sangat bosan lalu berkata kepada si guru Hai... apa kata kite bermain sesuatu permainan ... saya amat bosan.. Terkejut seketika si guru tetapi tidak mengendah kan si pensyarah lalu menyambung tenungannya itu kearah tingkap keretapi dan mendiamkan diri. Si pensyarah tergaman dan sekali lagi mengajak si guru bermain permainan Hey awak nk bermain satu permainan kuiz tak... Saya bagi satu soalan kalau awak tk dpt jawab awak bagi saya RM5 dan awak tanya saya satu soalan kalau saya tk dpt jawab saya bagi awak RM5 Si guru terfikir seketika..tetapi apabila memikirkan dia adalah pensyarah universiti mestilah lebih bijak daripadanya. Dengan sopan die menolak pelawaan si pensyarah. Si pensyarah agak geram dan kecewa dan cuba untuk kali terakhir..

Ok kalau cmtu macam ni..saya bagi satu soalan kepada awak..awak tk dpt jwb awk byr saye RM5 dan awk bagi soalan kat sya kalau sya tk dpt jawab saya kene byr awk RM50 Si guru terfikir..dia sememangnya tidak terlalu bijak dari pensyarah tetapi dia tidak bodoh. Lalu menerima perlawaan si pensyarah. Lalu si pensyarah memulakan soalan nya Berapakah jarak antara Bumi ke bulan dan ke planet marikh balik ke bumi..Si guru sememangnya tidak mengetahui jawapanya. Tanpa berfikir panjang jawapannya si guru terus memberikan RM5 kepada si pensyarah. Si pensyarah tersenyum gembira lalu berkata Sekarang giliran kamu pula..tanyalah apa-apa soalan pun Si guru berfikir sejenak lalu berkata erm ok... soalan nya..Apa benda yang naik ke gunung berkaki 3 tetapi apabila turun dari gunung berkaki empat... Si pensyarah berkerut seketika memikirkan jawapan nya..lalu mengeluarkan notepad untuk mengira sesuatu..tidak jugak mendpat jawapan..lalu membuka laptop nye surfing ke enklopedia tetapi tidak juga mendapat jawapannya. Setelah hampir sejam masih tidak mendapat jawapan..Si guru naik bosan menunggu menyambung termenung melihat permandangn di luar keretapi.

Akhirnya si pensyarah berputus asa lalu mengeluarkan duit sebanyak RM50 dan memberikan kepada si guru. Si guru menyambut nya dengan girang... .Lalu terus memandang ke arah tingkap dan menyambung tenunganya ke permandangn di luar..Tiba-tiba si pensyarah bersuara..Nanti dlu... kamu tidak boleh buat saya macam ni... Apakah jawapan kepada soalan kamu tadi? Si guru melihat tenang ke arah si pensyarah lalu menghulurkan kepadanya RM5

p/s: tidak berniat nak mengutuk sesiapa...

Melayu merana di Bumi Melayu...


Saya tidak menafikan bahawa kematian Teoh Beng Hock perlukan kepada pembelaan. Saya amat mengalu-alukan keputusan Kabinet untuk menubuhkan satu inkues dan Suruhanjaya Bebas Diraja untuk menyiasat dan menentukan punca kematian Beng Hock.

Siasatan yang telus dan rapi mesti dijalankan tanpa rasa takut agar dapat memuaskan hati semua pihak, apatah lagi pihak keluarga dan parti pembangkang yang begitu bersungguh-sungguh dalam isu ini.

Namun, saya merayu, semua parti berkepentingan, supaya bersabar menunggu sehingga siasatan selesaikan dijalankan. Di kala itu, kita akan mengetahui apa yang benar, apa yang salah dan siapa yang benar dan siapa yang salah. Selepas itu juga, kita boleh bercakap dan berkokok berpuas-puasnya mengenai perkara ini.

Hukumlah mereka yang bersalah, tetapi jangan jadi Tuhan sebelum sesuatu perkara dibuktikan. Saya amat takut politik mahukan jadi Tuhan yakni dengan membuat andaian pelik-pelik, yang mana hanya Tuhan sahaja yang Maha Mengetahui sebelum sesuatu perkara dibuktikan.

Dalam menganalisis isu ini, saya teramat hairan kenapa tiga parti politik Cina, MCA, Gerakan dan DAP, serta parti pembangkang Melayu yang lain begitu bersungguh-sungguh membuat pelbagai andaian dengan menuding jari kepada pihak-pihak tertentu, tanpa menunggu keputusan siasatan.

Saya tidak menafikan ada yang tidak kena dengan cara Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengendalikan kes ini. Namun, tindakan menuding hari ini seolah-olah memperlihatkan mereka mahu memenangi hati orang Cina, demi kepentingan politik. Lebih-lebih lagi parti-parti komponen seperti Gerakan dan MCA yang telah mula hilang kepercayaan orang Cina.

Ketua Wanita MCA mengeluarkan kenyataan lebih ekstrem mendesak Menteri Dalam Negeri supaya anak yang dikandung oleh teman wanita Beng Hock diletakkan status anak sah taraf dan bukan anak luar nikah. Sedangkan kita semua tahu bahawa mereka belum berkahwin secara rasmi atau telah bersekedudukan tanpa nikah. Bermakna, anak itu tetap anak zina atau anak luar nikah (anak tidak sah taraf). Berapa ramai lagi anak luar nikah yang ingin kita sahkan hasil daripada hubungan luar nikah ini.

Sedarkah Ketua Wanita MCA betapa ramai gadis-gadis Melayu Islam yang menjadi mangsa (bersekedudukan dengan pasangan Islam atau bukan Islam, sama ada secara paksa atau sukarela) melahirkan anak luar nikah tanpa dibinkan kepada bapa mereka? Kenapa MCA tidak memperjuangkan nasib mereka? Kenapa MCA tidak pergi berjumpa Menteri Dalam Negeri untuk mengesahkan semua hubungan sumbang ini? Apa pun jua punca kematian Beng Hock, hubungan yang haram tetap haram, ia tidak boleh disahkan, hanya kerana insiden ini.

Jika ditakdirkan Gautama Buddha (juga Konfusius dan Lao Tzu) masih hidup, sudah tentu tindakan Ketua Wanita MCA ini akan dicela kerana ajaran Buddha (juga agama lain, terutama agama Islam) mengharamkan sama sekali perbuatan berkesedudukan (zina) tanpa nikah, apatah lagi sehingga melahirkan anak luar nikah.

Saya amat mengharapkan parti-parti politik Cina bertindak waras dan jangan terlalu ekstrem. Fikirkanlah hati orang lain jua bila mengeluarkan sesuatu kenyataan, terutama orang Melayu.

Orang Melayu tidak kurang yang menjadi mangsa seperti Beng Hock. Persoalannya, berapa ramai di kalangan kita yang bangun membela mangsa tersebut? Kenapa bila seorang Cina meninggal dunia (kita masih belum mendapat puncanya), Malaysia seolah-olah seperti macam nak kiamat atau dilanda tsunami.

Saya juga amat bersimpati dengan Beng Hock, tetapi beliau sudah ditakdirkan meninggal dunia dalam keadaan sedemikian. Mesti ada hikmah di sebaliknya. Tidak bolehkah kita tunggu hingga siasatan selesai.

Saya ingin bertanya kepada parti-parti politik Cina, akhbar-akhbar Cina dan parti-parti politik pembangkang Melayu, sejauhmanakah pembelaan dibuat sekiranya ia berlaku di kalangan orang Melayu? Misalnya, pembunuhan gadis model Mustakizah Jaafar pada 14 November 1998. Berapa ramai yang bersungguh-sungguh menunjukkan belang mereka. Apakah MCA, Gerakan dan DAP begitu bersungguh-sungguh menunjukkan pembelaan terhadap Mustakizah?

Berapa ramai yang tampil berdemonstrasi dan menyerahkan memo bantahan atau mendesak supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan. Adakah MCA, Gerakan dan DAP begitu terkehadapan dalam isu ini? Begitu juga dengan Pas dan PKR (belum wujud lagi), adakah mereka begitu bersungguh-sungguh dalam mempertahankan nasib Mustakizah? Sehingga kini, kes kematian Mustakizah masih lagi menjadi misteri.

Saya masih ingat pada November 2005, kononnya tahanan warga China telah dipaksa berbogel dan ketuk ketampi oleh seorang anggota polis wanita semasa dalam tahanan. Aksi tersebut telah dirakam dan gambarnya menghiasi dada-dada akhbar tempatan terutamanya akhbar berbahasa Cina. Dengan rasa bersalah yang teramat sangat, walaupun belum dibuktikan, kerajaan ketika itu telah mengarahkan Menteri Dalam Negeri, untuk segera terbang ke China bagi menjelaskan sebarang kekeliruan yang mungkin timbul akibat daripada kejadian tersebut.

Semua ini hasil desakan dan tindakan ekstrem MCA, Gerakan dan DAP, termasuk akhbar-akhbar Cina, serta tidak ketinggalan parti-parti pembangkang. Setelah siasatan dijalankan, ternyata gadis yang dipaksa berbogel itu bukan warga China tetapi seorang gadis Melayu. Malang sungguh menjadi orang Melayu, selepas itu, kes ini tidak lagi dibincangkan, malah menjadi senyap dan tidak dibahaskan lagi di dada-dada akhbar, terutama akhbar Cina.

Apa yang saya maksud di sini ialah bila sesuatu kejadian yang menimpa orang Melayu, tidak ramai yang berasa sensitif tetapi bila orang lain terutamanya (Cina dan India), seolah-olah hari sudah hampir kiamat seperti tidak ada isu lain yang hendak dibincangkan lagi.

Kita jarang berpolitik untuk mempertahankan apa yang benar dan apakah yang salah? Tetapi kita lebih banyak berpolitik dengan politik yang merugikan iaitu menuding jari untuk melihat siapakah yang menang (benar), siapakah yang kalah (salah). Politik hanya untuk mencari keuntungan politik atau mendapat undi politik, sedangkan maruah agama dan bangsa tergadai. Berbaloikah dengan berpolitik sebegini? Sedangkan orang lain sentiasa mengambil kesempatan hasil dari kelemahan kita?

Kita juga jarang berpolitik melihat kepentingan semua kaum, tetapi berpolitik secara sempit mempertahankan kaum sendiri sehingga hilang rasional akal. Tujuannya tidak lain, untuk mempertahankan kuasa dan memancing undi. Masing-masing mahu menjadi jaguh kaum, dengan mengenepikan kepentingan umum. Berapa banyak surau dan masjid dirobohkan untuk tujuan pembangunan? Berapa ramai bukan Islam tampil mempertahankannya? Orang Islam masih boleh menerimanya. Itulah sikap toleransi yang amat saya kagumi.

Tetapi bila ada satu kuil atau tokong dirobohkan bagi tujuan pembangunan, satu Malaysia bagaikan nak ribut dan kelam-kabut seolah-olah telah berlaku penganiayaan terhadap orang bukan Islam.

Malaysia diperlihatkan tidak mengamalkan kebebasan beragama. Macam-macam tuduhan dibuat, tidak cukup dalam negeri, dibawa sama keluar negeri untuk menagih simpati dan memburuk-buruk tanahair sendiri. Berbaloikah?

Sedangkan kita semua sedia maklum bahawa rumah ibadat orang bukan Islam (Hindu, Buddha dan Kristian) melebihi berkali-kali ganda daripada jumlah masjid dan surau.

Jumlah kuil Hindu sahaja sudah melebihi masjid dan surau, apatah lagi jika dicampurkan dengan rumah ibadat agama Buddha dan Kristian dan lain-lain. Sedangkan semua sedia maklum bahawa orang Islam adalah penduduk majoriti dan agama Islam adalah agama rasmi negara ini.

Logik

Dari segi logik dan rasionalnya, sudah tentu kita mahu melihat bilangan surau dan masjid melebihi rumah ibarat yang lain, dengan mengambil kira sejarah dan keistimewaan Islam (Melayu) seperti yang termaktub dalam perlembagaan.

Tetapi adakah ia berlaku? Jawapannya, tidak. Realiti yang jelas adalah, kita mempunyai patung yang tertinggi dan terbesar di dunia, walaupun penduduknya hanya berjumlah lebih kurang 10 peratus. Beginilah nasib Melayu di bumi Melayu. Terlalu menjaga hati orang, sehingga hati sendiri terguris tiada siapa yang tahu atau mungkin orang lain tak ingin ambil tahu, sebab tidak berkaitan atau tidak menguntungkan.

Saya juga teramat ingin mendengar kenyataan daripada orang bukan Melayu (parti politik Cina dan India) tentang pembelaan nasib umat Islam Cina Uighur yang dibunuh secara terancang oleh kerajaan China. Kenapa mereka tidak bersuara menentang tindakan ganas ini?

Hanya kerana orang Cina itu beragama Islam, maka ia menjadi senyap. Bayangkanlah kalau yang terlibat itu adalah Cina yang tidak Islam, sudah tentu mereka akan melompat-lompat.

Begitu juga isu apabila adalah orang Cina/India yang bertindak keluar daripada Islam yakni Murtad atau orang Melayu murtad, berapa ramai bukan Melayu yang tampil ke hadapan memberitahu mereka supaya janganlah murtad.

Berapa ramai kalangan mereka yang memujuk mereka yang mahu murtad agar jangan murtad, hormatilah agama Islam seperti yang termaktub dalam perlembagaan dan jagalah hati orang Melayu Islam. Apa yang selalu kita dengar ialah mereka akan mengapi-apikan lagi mereka yang ingin murtad untuk terus murtad dan mempertahankannya bermati-matian setelah mereka murtad.

Mereka mengatakan ini adalah hak asasi manusia. Tetapi bila mana tiba isu berkaitan Islam, maka semua hak asasi itu hilang entah ke mana. Yang dicari hanya ketidakadilan Islam, ketidakadilan mahkamah syariah dan bermacam-macam lagi.

Ini tidak termasuk lagi isu perebutan mayat saudara baru yang meninggal. Apa yang saya tahu, kita selalu mengalah berhadapan dengan golongan ekstrem ini. Paling menyedihkan, mereka langsung tidak bersyukur apabila kita beralah.

Tetapi apabila mereka tidak mendapat apa yang mereka hajatkan, setelah undang-undang menyebelahi kita, maka kita (agama Islam dan mahkamah syariah) akan dikecam habis-habisan.

Justeru, sudah sampainya kita berpolitik secara matang dengan meletakkan kepentingan semua kaum di hadapan bertunjangkan kepada perlembagaan, berbanding politik etnik (kaum) yang sempit.

Dalam isu Beng Hock ini, bersabar dan tunggulah sehingga siasatan selesai. Jangan membuat andaian dan mengapi-apikan isu ini, kerana ia tidak menguntungkan sesiapa. Yang pergi tetap telah pergi, hidup ini perlu diteruskan. Jadikanlah ia sebagai suatu ikhtibar untuk kita menerokai atau berpolitik dengan lebih baik seperti mana Allah SWT berfirman dalam al-Quran, jadikanlah sesuatu kejadian yang berlaku sebagai pengajaran, wahai orang-orang yang mempunyai pandangan.

Wednesday, February 25, 2009

tak usah kau terangkan ku tahu
potret wajahmu di setiap penjuru
curahkan deritamu padaku
biarku rasa apa yang kau lalu

terang terang bersama rasa sayang
ku biarkan kau terbang
terang terang sudut kecil ku isi
untuk senyuman mu lagi

berbaring kita renung ke bulan
lagu yang ku tulis ku nyanyikan
lagu cinta tentang kita berdua
yang kan kita kenangi hingga tiba masa
mimpi mimpi yang tak kembali
aku janji janji takkan pergi....