Wednesday, March 13, 2013

Selipar 2

Celaka betul. Post lepas pasal selipar tu buat aku gelisah. Sabtu lepas aku ada pinjam selipar masjid tapi aku tak sempat nak pulangkan.

Ceritanya malam ahad lepas aku ada event nikah dekat masjid (lokasi dirahsiakan), masa tu aku pakai kasut. Bila time nak balik malas pulak aku nak pakai kasut. So aku pinjamlah selipar masjid dengan niat esoknya aku nak pulangkan.

Aku bajet lepas setel aktiviti outdoor aku nak pulangkan, sekali route aku nak balik rumah tak lalu masjid tu. So aku ambil keputusan untuk terus pinjam.

Ironinya, Tok Kadi merangkap Imam Besar masjid berkenaan tumpang kereta aku masa nak makan kenduri lepas nikah. Dia tak sedar selipar yang dia pijak-pijak dalam kereta tu masjid dia punya.

2 comments:

  1. baik kau pulangkan.. kang kene cagu kau menyesal

    ReplyDelete
    Replies
    1. yelah yelah... hahaha.. jauh sia masjid tu... kekeke

      Delete